Tuesday, December 21, 2010

RM 3 : Perlu ke 'Add Friend' sampai Beribu-ribu orang di Facebook ?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera .

di dalam FACEBOOK x  Add Friend RAMAI-RAMAI = untuk APA ?. :)

Trend Zaman ini iaitu setiap manusia yang hidup akan memiliki sekurang-kurangnya 1 Akaun FACEBOOK bagi menghubung antara satu sama lain.  Mungkin hanya majoriti rendah sahaja yang tidak memiliki Akaun Facebook ini . Remaja sekarang suka 'ADD FRIEND' sama ada kenal atau tidak telah menjadi Trend pada masa kini.

Bagi menjawab Soalan di atas , saya telah menemubual Para Remaja yang memiliki Akaun Facebook bagi mendapat pandangan terhadap soalan diatas :

Zick Malique : PERLU kerana Ingin berkenalan dengan orang ramai mahupun di dalam atau di luar negara .
                         
Muhd Amsya : PERLU kerana Boleh cari AWEK . Boleh dapat maklumat baru dari kawan-kawan . Boleh meminta tolong jika mengalami kesusahan . Tak jadi "Katak Di Bawah Tempurung" .


Nur Aqilah : TIDAK PERLU kerana Susah..! bila ramai orang.. banyak sangat nak baca.. tenggelam semua orang yang rapat dengan kita!


Mata Petunjuk : TAK PERLU kerana Biar orang ADD kita . then , Jangan lahh Sombong sangat TAK NAK confirm . tak baek aww . ;))




Itu la pendapat mereka tentang soalan diatas . ada yang kata PERLU dan ada yang kata TIDAK PERLU . Jadi 'ADD' la kepada mereka yang kata PERLU . Hanya tekan nama mereka diatas , dan kepada mereka yang kata TIDAK PERLU . tak ada link saya letakkan . 


Jadi , apa Pendapat anda ? :D

Monday, December 20, 2010

RM 2 : Kakak Saya :D

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera .

Hari ini saya nak memperkenalkan "kakak" saya . Nama dia Khadeejah Zain Al-Abideen . Seorang Perempuan Remaja yang Alim , Sopan Santun , Berbudi Pekerti , dan Perfect pada pandangan saya sebagai seorang Perempuan Melayu Terakhir . hehehe .

Sebenarnya , dia bukan Kakak Kandung saya . Tapi saya anggap dia kakak saya . Tidak tahu lah sama ada dia anggap saya sebagai Kekasihnya adiknya ke tak . Maklumlah saya ni anak tunggal . tak ada Akak or Abang . So kesunyian sikit . Nasib Baik beliau sudi layan saya ni . Layan Chatting . Jangan fikir lain pulak .

Minatnya cenderung kepada Bidang Perubatan . Dalam Family dia , semua anak perempuan mengambil Bidang Perubatan . Boleh kata Family Perubatan . hohoho . Beliau suka K-POP . Peminat Fanatik kot . hahaha . Nasib Baik minat yang sama dengan saya . So saya layan aje .

Pada mulanya , kami berjumpa di Laman Sosial Facebook pada tahun ini . Dan bertemu pada tahun ini juga . Tidak disangka . Dalam hati "Happy" la . hehehehe . Yang paling happy adalah di terima saya sebagai kawan dia . Sangat Terharu !!

Maaf lah kerana post kali ini tentang Kakak saya . Sahaja nak memperkenalkan kepada korang semua . Terlalu Fanatik dengan akak ni . hehehe .  Terima Kasih Kerana Membaca ! :)


Comel an akak ni . :) hohoho .

RM 1 : Lembaran Baru !


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera .

Hari ini saya telah membuat satu blog baru bagi menggantikan blog yang lama . Tapi blog yang lama itu masih digunakan hanya Blog yang baru ini lebih MATANG dari sebelumnya . Yang setia membaca blog saya ini , diucapkan Ribuan Terima Kasih  saya ucapkan .

Terima Kasih Daun Keladi , Esok-esok datang lah lagi . :)